Seleksi Hari Raya

Seleksi Hari Raya merupakan sebuah album kompilasi aidilfitri yang menampilkan penyanyi di bawah syarikat rakaman Suria Records iaitu Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, ND Lala, Asha Malik, Mazleela, 2 by 2 dan lain-lain lagi. Setiap seorang penyanyi ini merakamkan sebuah lagu baru untuk di persembahkan dalam album ini.Album ini menghimpunkan lagu raya ciptaan baru dan juga rakaman semula lagu-lagu raya malar segar. Penerbitan Album ini telah menerbitkan beberapa buah lagu baru iaitu Siti Nurhaliza tampil dengan lagu baru yang cukup segar "Sesuci Lebaran" dan berkolaborasi bersama Noraniza Idris & September 5 untuk lagu "Nikmat Hari Raya" manakala Liza Hanim pula tampil dengan lagu baru yang berjudul "Ku Pohon Doa Di Hari Raya" yang merupakan ciptaan Khalil Shariff. ND Lala juga telah tampil dengan lagu "Bersederhanalah (dihari raya).

Seleksi Hari Raya

Dilancarkan pada 22 Disember 1997
Penerbit Adnan Abu Hassan
Genre Pelbagai
Syarikat Suria Records